07 November 2009

Usaha VS Hasil

Bagaimana nak kenal orang yang mengejar dunia atau mengejar akhirat?

Boleh kenal ke?

Senang je.

Bilamana dia berbuat sesuatu, dia mengharapkan dirinya dikenali ramai. Berasa bangga dan hebat dengan kemampuannya. Mahu namanya menjadi sebutan orang ramai. Merasa malu apabila tidak mencapai apa yang diinginkan.

Contoh : belajar dan takut untuk gagal kerana MALU. Malu apabila kawan-kawan tahu dirinya tidak pandai, lemah, bodoh dan sebagainya. Walhal...

Solusi : belajar adalah suatu usaha untuk mencapai kejayaan. Jika gagal bermakna usaha perlu ditambah atau diperbaiki. Jika masih gagal, bergembiralah kerana anda gagal bukan sebab malas. Kenapa perlu malu?

Bernilaikah kehidupan apabila berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan?

Adakah gagal SPM bermakna hidup kita telah gagal?

Tidak.

Jawapannya mungkin ya atau tidak.

Jika gagalnya SPM kerana kita malas untuk berusaha, maka memang tiada hidup lagi untuk kita.

Tetapi jika kita gagal walaupun sudah berusaha, bermakna masih ada kehidupan untuk kita. Kejayaan atau kegagalan adalah satu pengembaraan hidup.

Inilah nilai kehidupan. Usaha kita itulah yang menjadi bekalan untuk melalui kehidupan masa hadapan.

Kerana apa?

Kerana Allah melihat usaha kita.

Jadi, susunlah strategi dengan baik untuk setiap matlamat atau target kita. Jadikan hasil itu sebagai suatu semangat, tetapi tekankan ‘prior to’. Tekankan usaha, tekankan strategi.

Semoga berjaya.

Wassalam.

03 November 2009

Makan Ubat Gigi

PESAKIT BARU

Hari ini saya menerima kunjungan seorang pesakit kanak-kanak yang mahukan rawatan ortodontik. Namun, yang lebih menggusarkan ibunya adalah warna gigi anaknya yang tidak sekata, bercampur antara putih, kuning dan coklat hampir pada semua permukaan gigi.

UBAT GIGI

Setelah diselidiki sedikit latar belakang, ibunya memberitahu semasa anak ini membesar, ubat gigi yang digunakan adalah ubat gigi orang dewasa. Satu rumah satu ubat gigi. Untuk makluman, kebanyakan ubat gigi mempunyai fluoride yang diyakini bagus untuk memelihara gigi daripada mereput atau berlubang. Namun, keperluannya berbeza untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Sekarang ini hampir 90% kawasan di Malaysia dibekalkan dengan air berfluorida. Jika kanak-kanak menerima dos yang berlebihan, maka akibatnya gigi akan mengalami fluorosis.
Berikut dipaparkan gambar-gambar gigi yang mengalami fluorosis.

KESAN PSIKOLOGI

Fluoride atau florida bukanlah toksik. Namun seperti ubat-ubat yang lain, ia akan menjadi toksik jika diambil berlebihan. Selalunya orang tidak mengambil kisah soal penjagaan gigi. Namun impaknya adalah pada anak-anak yang sedang membesar ini. Selain giginya yang mudah rapuh, warnanya yang tidak sekata mungkin menjadikan anak ini malu untuk ke hadapan.

DI SISI ALLAH

Namun, jika sudah berlaku, ketahuilah bahawa Allah adalah sebaik2 pengatur. Gigi tidak cantik, kulit tidak sekata dan lain-lain perlulah diterima dengan penuh kesyukuran. Allah tidak memandang bagaimana rupa kita, tetapi yang lebih bernilai di sisi Allah ialah apa yang ada dalam hati kita.

ORTHODONTICS IS NOT MY CHOICE

Saya sangat mengagumi pensyarah-pensyarah saya yang pakar dalam bidang ortodontik. Ortodontik adalah bidang yang sangat luas. Layman people would understand orthodontic as braces atau besi. Ia perlukan critical thinking.

Namun, ada yang sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk mendapat gigi yang cantik. Amat bahaya jika tujuan kita membetulkan position gigi semata-mata untuk kecantikan. Sebenarnya pembaikan position gigi ini mempunyai kesan kepada kesihatan pergigian.

Gigi yang berselerak sukar untuk dicuci, menyumbang kepada gingivitis iaitu masalah gusi. Selain itu, ia boleh menyumbang kepada masalah temporomandibular joint jika gigitan tidak seimbang.

KESIMPULAN

Jangan ambil ringan soal penjagaan gigi. Allah cukup teratur dalam penciptaannya. Kitalah manusia yang mencipta penyakit!

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
”Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada jasad dan rupa bentuk kamu, tidak kepada keturunan dan harta kekayaan kamu, sebaliknya Allah memandang hati kamu. Sesiapa yang memiliki hati suci bersih, nescaya Allah amat mencintai orang itu. Ketahuilah! Wahai anak Adam orang paling dicintai Allah ialah orang yang paling bertakwa di kalangan kamu. (Hadis riwayat Muslim dan Tabrani)


“Sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging. Apabila ia baik, baiklah seluruh jasad. Tetapi, apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah itu ialah hati.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



Wassalam.

30 October 2009

Exam


Exam is around the corner.

Good luck to everyone.

25 October 2009

Sudah Boleh Kahwin








Setinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Allah swt, kerana
dengan keizinanNya, selesai sudah Kursus Pra Perkahwinan. Selaku peserta dan
juga pihak yang menganjurkan, saya berasa puas hati dengan program ini.

SUDAH BOLEH KAHWIN?

Kebanyakan peserta adalah pelajar-pelajar Universiti Malaya
yang mungkin tidak mempunyai perancangan untuk berkahwin dalam tempoh setahun,
dua atau tiga tahun lagi. Ada pelajar tahun pertama, dan ada juga pelajar tahun
lima. Sudah boleh kahwinkah?
Pandangan saya, kahwinlah jika sudah ada calon.
Jika ibu bapa sudah memberi keizinan, tidak perlulah menunggu lagi. Makin lama
bercinta, makin lama bertunang, makin banyak maksiat yang mungkin kita lakukan.
Rugilah...

SAYA MAHU KAHWIN

Siapa yang tidak mahu kahwin? Saya ingin
menjadi seperti Rabiatul Adawiyah. Itu saya suatu masa dahulu. Saksinya adalah
kakak-kakak saya yang sudah lali mendengar keengganan saya untuk berumah
tangga.
Kahwin ini bukanlah bebanan. Kahwin ini juga bukanlah tanggungjawab.
Kahwin ini adalah kita menyempurnakan separuh daripada agama. Jadi ia adalah
sesuatu yang perlu diraikan. Merasa seronok untuk
berkahwin...Raikanlah...
Namun, persediaan dan perancangan tetap perlu. Tidak
boleh dibuat main-main. Kahwin ini bukan mudah. Bermula dengan mencari pasangan
sehinggalah ke akhirnya menggalas amanah selaku suami atau isteri.

RAHSIA
KELUARGA

Banyak ilmu tentang Islam dan perkahwinan yang saya belajar. Saya
juga sudah tahu serba sedikit tentang rahsia dalam rumahtangga. Yang dimaksudkan
di sini adalah tentang seni berkomunikasi, hubungan dengan mentua dan
tanggungjawab suami dan isteri.
Rupa-rupanya, memasak dan menjaga anak
bukanlah tugas wajib isteri. Ini adalah tugas suami. Namun, isteri perlu taat
kepada suami. Jika suami meminta tolong isteri memasak dan menjaga anak, maka
isteri perlu taatlah.
Baru saya tahu mana yang betul, mana yang tak betul.
Baru saya tahu siapa yang teraniaya, siapa yang menganiaya. Saya mencadangkan
kerabat saya yang masih keliru tentang tanggungjawab, sibuk menuntut hak masing2
daripada menunaikan hak untuk semak kembali buku panduan kursus perkahwinan yang
pernah anda hadiri suatu masa dahulu.

ORGANISASI DAN MANUSIA

Manusia yang
mempunyai jiwa. Jiwa yang kaya dengan perasaan. Bekerja bersama-sama memerlukan
komitmen semua. Jika ada seorang yang patah kaki, cedera atau cacat, maka yang
sihat tubuh badan perlu memberi sokongan. Jika tidak, yang lemah merasa
disisihkan. Merasa tidak diperlukan lalu mengasingkan diri. Inilah seni
berorganisasi.
Projek kali ini banyak mengajar saya. Mungkin kerana saya
lebih ‘matang’, maka saya nampak di mana cacat cela. Namun, sikap suka
menyalahkan orang lain amat-amat perlu dikikis. Suka sangat salahkan orang lain.
Salah kita pun, salahkan orang lain.
Memanglah, salah orang itu. Tapi kita
ini tak menegur salah dia. Sudah berlaku baru nak menyalahkan orang. Kan lebih
baik tegur siap2. Kalau salahkan salah orang tu, salahkan salah kita jugalah.
Baru adil.

PEPERIKSAAN DAN KLINIK

Buku rujukan dah lengkap. Nota-nota pun
menimbun. Tugasan makin banyak. Keperluan untuk mentelaah makin tinggi. Masa
untuk bersenang-lenang sudah tiada.
Ketenangan menjadi penyelamat. Bila
tenang, hati mudah menerima ilmu. Doakan saya. Peperiksaan bermula 16
November.

MAAF

Maafkan segala salah dan silap. Tegur saya untuk menjadi
istimewa. Sekalung penghargaan
kepada Hadi, Kas, Adibah, Fayadh, Syahid,
Aizad, Ah Fook, Najib dan Saima. Semoga Allah menerima usaha kita.
Ameen.
Wassalam.


17 October 2009

Ayat Ayat Cinta Saya

Sedang sibuk menelaah pelajaran, perasaan mengantuk singgah. Pasti ini gangguan syaitan. Lantas saya mencapai sebuah gajet hitam yang memutarkan lagu seperti lirik di bawah(sepatutnya berzikir untuk menghalau syaitan...astaghfirullah al’azim...saya lalai!)

desir pasir di padang tandus
segersang pemikiran hati
terkisah ku di antara cinta yang rumit
bila keyakinanku datang


Kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung ku pertaruhkan
maafkan bila ku tak sempurna

cinta ini tak mungkin ku cegah

ayat2 cinta bercerita cintaku padamu
bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud

bila keyakinanku datang
kasih bukan sekedar cinta
pengorbanan cinta yang agung ku pertaruhkan

Sampai pada baris yang kelima, hati saya menjadi sebak. Inilah kelemahan saya apabila mendengar lagu. Saya suka menghayatinya dan mudah tersentuh. Kosentrasi menuntut ilmu terganggu. Memang saya tidak gemar membaca sambil mendengar lagu. Tidak boleh fokus! Cuma kadang-kadang bilamana terdesak, dengar jugalah. Lagu-lagu pun ada banyak yang menginsafkan.

KENAPA SEBAK

Bukan teringatkan pakwe! Atau insan yang diminati? Seperti Maria yang meminati Mas Fahri? Oh, tidak sama sekali. Memanglah lagu ini agak jiwang, tapi Alhamdulillah, saya masih waras untuk memikirkan yang makruf.

Orang pertama yang terlintas dalam fikiran saya adalah Abang. Abang kandung saya, satu-satunya abang saya(tak termasuk Abg Ipar).Oh, rindunya saya kepada keluarga.

CINTA ABANG

Saya teringat ketika belajar di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya(PASUM), abanglah yang menjaga saya kerana abang bekerja di sekitar Kuala Lumpur. Sepanjang 1 tahun di PASUM, terlalu banyak pemberian abang.

Kasih sayang, harta, kata-kata nasihat. Inilah pengorbanan seorang abang kepada adiknya.
Kerana cintanya abang pada saya, abang sanggup membelikan tiket setiap kali saya mahu pulang ke kampung. Bukan sekadar itu, malah menjemput, menghantar dan mengambil saya semula apabila tiba di KL. Bukannya tidak ada tempat untuk membeli tiket di UM. Tetapi kerana saya tidak tahu di mana(memang kaki studi, kaki bilik, kaki library, kaki surau,kaki kafe,kaki lecture hall dan kaki makmal).

Kerana cinta abang pada saya, almari makanan saya sentiasa penuh dengan makanan dan minuman! Bertindih-tindih! Tak caya boleh tanya roommate saya(Sarah Laila, Maz dan Ada).

Kerana cinta abang pada saya, abang sanggup membawa saya berjalan-jalan ke rumah saudara-mara, malah pernah keluar minum bersama rakan lelakinya(alamak, ini memang den tak berkenan. Tapi kawan abang ni dah jadi sepupu saya. Kan Kak Anim?)

Bukan itu sahaja, abang tidak jemu follow-up study saya, sentiasa memberi nasihat dan semangat. Sentiasa mendoakan saya.

ITU DULU TAPI KINI


Sekarang saya sudah besar! Sudah berdikari! Sudah ada duit sendiri(hehe, duit amanah ni)! Sudah boleh bawa skuter ke Shah Alam seorang diri. Sudah boleh naik LRT ketika langit gelap. Sudah boleh bawa kereta melalui lebuhraya Seremban ke Melaka!

Abang saya pun sudah berkahwin(kesian kepada beberapa orang sahabat saya yang kempunan, terutamanya Cik Laily Shazlin). Mempunyai seorang isteri dan seorang anak. Dulu dan kini memang berbeza.

SEMANGATNYA

Namun semangat yang abang pernah lontarkan pada saya sentiasa mekar dalam jiwa. Makanan dan minuman yang sudah menjadi darah daging saya menjadi saksi pengorbanan abang.
Cintanya saya kepada keluarga. Saya sayang keluarga saya. Jika diberi masa, memang saya mahu ceritakan lebih banyak lagi. Bukan setakat abang, malah ayah, emak, kakak dan adik banyak memberi cinta kepada saya.

CINTA KELUARGA CINTA ALLAH

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.(at-Tahrim:6)

Saya mahukan yang terbaik untuk keluarga saya. Bukan sahaja di dunia dan di akhirat. Saya tahu kadang-kadang saya melampaui batas seorang adik dalam berbicara dan bertingkah-laku.
Saya mahukan yang terbaik untuk keluarga. Dunia dan akhirat! Saya sayangkan keluarga saya. Saya cintakan Allah yang mengurniakan keluarga ini kepada saya. Semoga keluarga ini menjadi pembantu saya ke syurga, bukan ke neraka. Semoga saya dan keluarga mendapat syurga.

Sama-sama kita saling bantu-membantu.

Saya mahu bersama keluarga ini di syurga.

SYURGA CINTA

Apabila saya berjumpa mereka di syurga. Apabila mereka berjumpa saya di syurga. inshaAllah.

14 October 2009

Jom Sertai KURSUS PRA PERKAHWINAN


Saya adalah agen bergerak untuk Kursus Pra Perkahwinan ini. Jika ada yang berminat boleh hubungi nombor di atas atau terus berhubung dengan saya docyuana@yahoo.com. Terima kasih.

11 October 2009

Ikatan Syawal di Negeri 9

Bukit Putus yang memeningkan kepala dan menyenakkan perut. Nasib baik ada asam masin. Lega sikit.


Emak yang tersenyum menggayakan baju Mak Ngah. Berbaju kurung untuk ke kubur menziarahi Arwah Wan, Atuk dan adik-beradik Emak yang telah kembali ke rahamtullah.

Bunga yang mempunyai rasa manis. Teringat kenangan di zaman kanak-kanak. Suka sangat sedut cairan gula pada bunganya. Tapi sekarang tak berani nak cuba.


Inilah satu-satunya orang lama yang masih tinggal di Kampung Galau. Semoga usianya dipanjangkan dengan keberkatan dari Allah.


Orang kampung yang megah dengan penternakan ayam.


Semuanya lari ketakutan dengan kehadiran 4 orang manusia yang tidak dikenali. Chicken Run!


Damainya. Rasa macam nak posting kat Negeri Sembilan je nanti.


Istana Sri Menanti.


Menanti bas untuk kembali ke destinasi terakhir. Kenaikan tambang teksi memerlukan kesabaran untuk berjimat!

Hajat org yg disayangi tidak mampu ditolak walaupun terpaksa mengorbankan beberapa perkara yang telah dirancang lebih awal.
Hati Emak takut dilukai.
Alhamdulillah, semoga pekerjaan yang kerana Allah mendapat keredhaanNya.
Walaupun mungkin pekerjaan ini nampak simple, bukannya berjihad pun. Bukannya memenuhi tuntutan peperangan pun.
Tetapi soal menjaga hati Emak.
Kerana redha Allah bergantung kepada redha ibu bapa.
Sedikit perkongsian gambar-gambar yang berbicara, kerana saya kekurangan masa untuk menulis.
Banyak lagi perkara lain yang PENTING dan URGENT untuk masa ini.
Wassalam.